top of page
AWANG ANAK RAWENG – PENERIMA PINGAT GEORGE CROSS DARI KERAJAAN BRITAIN


3 sep 2013 

 

Awang Anak Raweng, begitulah nama seorang bangsa Sarawak berketurunan Iban yang namanya mungkin tidak dikenali ramai oleh generasi muda di Sarawak Bumi Kenyalang. Namun disebalik namanya ini terungkap beberapa peristiwa yang menyebabkan adalah wajar bagi kita rakyat Sarawak menghormatinya sebagai seorang pahlawan masa lampau yang masih lagi hidup. Beliaulah satu-satunya anak bangsa Sarawak yang menerima Pingat George Cross dari Kerajaan Britain atas sumbangannya sewaktu membantu kerajaan Koloni British sewaktu dahulu. Hanya 25 orang sahaja di dunia ini yang menerima pingat keberanian tertinggi ini dan kesemua penerimanya adalah mereka yang gagah berani dan sanggup mati di dalam peperangan demi menegakkan bangsa dan negara yang aman dan harmoni seperti sekarang. 

 

Awang Anak Raweng memulakan kariernya sebagai antara Penjejak Iban (Iban Trackers) dan telah dihantar bertugas di Malaya pada Disember 1950. Beliau ditempatkan sebagai Iban Trackers di dalam Batalian Pertama Rejimen Hutan Worcestershire and Sherwood. Pada ketika itu, Malaya telah mengalami ancaman daripada komunis dan beliau telah diletakkan untuk bertugas di Kluang, Johor pada masa itu. Pada suatu ketika, keberanian dan kegagahan Awang anak Raweng terserlah apabila ketika ditinggalkan bersendirian bagi menemani rakan-rakan yang tercedera sementara rakan yang lain mencari bantuan, beliau telah menentang kira-kira 50 orang komunis secara bersendirian. Dengan berbekalkan semangat Agik Idup Agik Ngelaban inilah beliau telah berjaya memberikan penentangan yang berhabis-habisan bagi survival dirinya serta beberapa orang tentera British yang cedera di dalam peperangan tersebut. Satu semangat menentang dan tidak mahu mengalah biar di dalam apa jua keadaan inilah yang menjadi kebanggaan kepada setiap bekas Iban Trackers yang sememangnya antara mereka yang diiktiraf keberaniaannya biarpun pada masa itu Sarawak belum lagi menjadi rakan di dalam membentuk Gagasan Malaysia tetapi demi negara jiran yang lain dan kesepakatan di dalam menjadikan negara jiran juga turut aman, bakti mereka turut dicurahkan. 

 

Berdasarkan kepada keberanian beliau inilah, selayaknya beliau telah dikurniakan dengan Pingat Keberanian George Cross 1951 daripada Baginda Ratu Elizabeth II Istana Buckingham. Dan kerana itu itulah setiap kali beliau berkunjung ke Kota London untuk menghadiri Reunion Batalion Pertama Rejimennya, beliau akan menerima layanan kelas pertama seperti bekas-bekas tentera Koloni British yang lain yang lebih tinggi pangkatnya. Nama Awang Anak Raweng mungkin tiada di dalam senarai Pingat Gagah Berani (PGB) Malaysia namun pengiktirafan daripada Kerajaan British melangkaui batas atas sumbangan beliau walaupun hakikatnya beliau tidak pernah meminta balasan atas apa jua sumbangan bakti yang telah ditaburkan. Pingat Jasa Malaysia yang dikurniakan kepada beliau pada tahun 2011 bersempena dengan sambutan Hari Peringatan Perang Sarawak adalah satu-satunya pengiktirafan keatas Awang Anak Raweng daripada kerajaan buat masa sekarang. Inilah satu contoh bangsa Sarawak yang wajar menjadi contoh kepada generasi Sarawak di dalam memperjuangkan keamanan di negara kita. 

 

Pada masa sekarang, Tuai Awang anak Raweng sedang melalui liku-liku hidup tuanya dan menjadi saksi kepada keperwiraan Iban Trackers yang masih hidup. Beliau sekarang sudah menjadi Tuai Rumah di Nanga Skrang, Sri Aman iaitu tempat asal beliau dilahirkan. Borneo Oracle ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa Tuai Awang anak Raweng kerana kecekalan dan keberanian beliau menentang pengganas komunis dan kami bangga mempunyai bangsa Sarawak, anak Sarawak seperti Tuai Awang dan rakan-rakan di dalam Iban Trackers yang sentiasa mengharumkan nama Sarawak walau dimana jua mereka ditugaskan. 

 

Inilah sekelumit sejarah seorang bekas Iban Trackers Awang anak Raweng – Penerima Pingat George Cross Dari Kerajaan Britain yang masih hidup dan sememangnya membuktikan betapa anak Sarawak adalah antara penyumbang kepada keamanan di rantau Asia Tenggara biarpun pada ketika itu Gagasan Malaysia belum lagi ditubuhkan. Semoga artikel kali ini dapat menjadi sumber informasi kepada generasi muda Sarawak tentang sejarah perjuangan bangsa Sarawak di dalam menghapuskan ancaman komunis di Malaya suatu waktu dahulu dan hargailah keamanan yang ada kerana tanpa penat lelah dan pengorbanan seperti Tuai Awang anak Raweng sudah tentu kita tidak seaman dan seharmoni seperti sekarang. 

 

Dan sekiranya ada kekurangan di dalam artikel ini, pihak admin Borneo Oracle sentiasa mengalu-alukan nilai tambah informasi agar kita sentiasa berkongsi sumber informasi yang ada. 

 

BERITA 01

QUOTATIONS: ENCIK PADERI...

" Nda kala ga aku nagang sidak iban rebak baru ke ka ngau politik ti ka berdiri ngelaban perintah lama barisan nasional. Enti ka muka parti, buka meh diak. Titih ke prosedur serta undang2. Kitai negara demokrasi. Demokrasi asal ari bahasa greek, 'demos' maksud mensia/rakyat, 'Kratos' maksud kuasa. KuasaRakyat ngaga demokrasi kena milih sapa ke patut ngurus ke pemerintah negara. Jadi ka menang, kumpul meh kuasa rakyat nuan. "

......................................................................

Anti amat ko munyi jako nuan nya PADERI manah meh nya.... tang lepas aku mantau semua penemu ti dibantai nuan aba forum ditok, nuan semina nadai JAKO BERANI, LANTANG BERSUARA,madah ka agai bala Iban di Sarawak, Semenanjung & Sabah pasal NAMA PATUT DIGAGA KITAI IBAN REBAK BARU mai REFORMASI POLITIK DI SARAWAK.......?????

Nuan semina CRITICISE JUST FOR THE SAKE OF CRITICISATIONS.... sepatutnya nuan tau ngulu bala Iban bukai meri PENEMU KE BERGUNA AGI KE TAU NULONG KITAI IBAN REBAK BARU angkat bangun, terdani ari arus POLIITK ke LAMA, ngaga reformasi politik....etc. Contoh: BALA SIDA NGO-NGO MELAYU DI Semenanjung mantah kin-kitok, enggai meda PAKATAN DAP,PKR & PAS..... NYA patut dibai nuan Unggal PADERI.... ukai....semina nemu nesat ka kitai Iban rebak Baru....NADAI penguntung ngagai bangsa Iban nemu die...semina mai kitai Iban berpecah-belah, belaya kin-kitok....anang nunda aya kitai Datuk Patinggi Tan Sri Jabu lalu nadai merengong mimit bersuara ka penusah,masalah,hak2 kitai Iban....tang lalu semina ngenat ka pengenyang perut ia ke udah kenyang amat laban bekau MAKAI SUAP KIN-KITOK, PROJEK KIN-KITOK,BALA SIDA SEBILIK IA NYADI DIRECTOR KIN-KITOK.....pengawa nya NADAI OLEH mai REFORMASI POLIITK KAUM IBAN unggal PADERI..... ukai aku enggai meda bala ketuai kitai Iban ke bepangkat Dato' Seri, Datuk Amar, Datuk Patinggi Tan Sri, etc. tang semua sida berpeluk tubuh, diam-diam diri ngenat ka pengenyang diri ke udah boleh pengaya,pengaraja, tengkira,duit-ringgit ari Melanau Islam baka CM Pehin Seri Taib Mahmud.....

Aba penemu aku, amat meh die nadai mejal, nadai nyekat kitai Iban rebak baru nubuh ka parti politik, tang dari segi leka JAKO die bisi meri impaks ( effects ) ka nesat ka bangsa Iban rebak baru....LEKA JAKO NYA meh tau diubah nuan....anang ngulang ia baru enti ka berforum ditok... KASIH KA BANGSA IBAN REBAK BARU ke empai cukup matang aba Politik..., didik meh sida nengah jalai tie betul, jalai tie mai penguntong ka semua bangsa Iban....


Nya aja, mupok aku

 

 

Petikan ari : http://www.voy.com/8853/1/9958.html 

Kridit to % Bala Bujang Biak Sarawak 

BERITA 02

8 sep 13

Pada 19 Ogos 1844 di Karangan Peris dalam daerah Skrang, Libau RENTAP bersama pasukannya telah ulung kalinya bertempur dengan pasukan Rajah James Brooke dan Captain Keppel daripada Tentera Laut DiRaja Inggeris. Pada pertempuran ini, antara yang terkorban daripada pasukan Brooke ialah Datu Patinggi Ali dan pasukan perisiknya dari Sarawak yang telah mara duluan daripada pasukan utama kecuali hanya seorang yang masih hidup dan seorang Inggeris bernama George Steward.

Selepas pertemburan di Beting Maru, pemerintah Brooke telah membina sebuah kubu di Nanga Skrang dengan tujuan menyekat pergerakan orang-orang Skrang ke arah Batang Lupar dan seterusnya keluar ke Laut China Selatan untuk bekerjasama dengan Linggir "Mali Lebu" dari Paku dan Aji Apai Limba dari Padeh bagi mengamalkan kegiatan mengayau kepala manusia dan membeli barangan keperluan seperti garam atau menetang pemerintahan Brooke di Sarawak pada ketika itu.

Pada awal tahun 1853, Rentap telah mengetuai pasukan orang Iban yang menyerang pasukan Brooke di kubu Nanga Skrang yang diketuai oleh William Brereton. Berlakulah pertempuran yang sengit di antara kedua-dua pihak di Lintang Batang. Semasa pertempuran itu, seorang menantu Rentap bernama Layang telah membunuh Alan Lee dengan lembingnya dan Willima Brereton telah tercedera tetap masih dapat melarian diri. Rentap dengan segera membawa pasukannya pulang ke ulu Sungai Skrang. Walau bagaimanapun, pengikut Brooke kemudiannya telah membinasa dan membakar 20 buah rumah panjang tempat kediaman para pengikut Rentap.

Dengan itu, Rentap terpaksa berundur dan membina tempat kediaman di Sungai Lang iaitu di hulu Sungai Skrang. Semasa mempertahankan kubu ini, pasukan Rentap telah melaung-laungkan semangat perjuangan mereka yang kental iaitu "Agi Bedarah, Agi Ngelaban” yang bermaksud "Selagi masih berdarah, Selagi itulah melawan" dan slogan yang paling terkenal hingga ke hari ini ialah “Agi Idup, Agi Ngelaban” yang bermaksud "Selagi Hidup, Selagi itulah melawan". Ada beberapa orang dari pasukan Brooke yang mara menghampiri kubu Rentap telah ditembak dan terkorban. Namun angkatan Brooke berjaya menyerang rumah panjang Rentap ini pada Ogos 1854 kerana tembakan meriam merobohkan pagar kayu di sekeling rumah mereka dan pasukan Rentap hanya ada bedil kecil sahaja untuk membalas tembakan meriam. Rentap sendiri telah tercedera semasa pertempuran ini. Jadi, Rentap dengan sebilangan pengikut beliau berundur dan membina kubu di sebuah bukit yang bernama Bukit Sadok.

Kubu Bukit Sadok ini sukar untuk ditakluki kerana kedudukannya di atas puncak bukit yang tinggi dan dikelinggi oleh tebing-tebing curam yang sukar untuk didaki. Juga hanya ada satu jalan sempit di atas gaung yang begitu dalam untuk sampai ke kubu Rentap ini. Sekeliling kubu ini diperkuatkan oleh pagar kayu tebelian yang keras dan setebal dua kaki. Rentap juga ada sebatang meriam yang besar untuk mepertahankan kutanya, yang dikenali sebagai "Bujang Timpang Berang". Meriam ini telah dibawa oleh rakan seperjuangannya iaitu Aji Apai Limba yang merupakan anak kepada Orang Kaya Pemancha Dana "Bayang". Aji telah terkorban ditembak oleh pasukan Brooke di Sungai Langit sebelum menyerang Rentap di kubunya di Bukit Sadok.

Kerajaan Brooke telah membuat tiga percubaan untuk menangkap Rentap di Bukit Sadok. Cubaan pertama adalah dalam Jun 1857. Semasa serangan ini, seorang anggota pasukan Brooke yang bernama Abang Aing telah tertembak dan terpaksa di bawah turun ke bawah bukit. Melihat kejadian ini, pasukan Rentap telah menjerit kegembiraan dan memukul gong mereka.

Dalam tahun 1858, pasukan Brooke buat kedua kalinya menyerang kubu Rentap di atas Bukit Sadok tetapi tembakan meriam mereka tidak dapat menembusi pagar kubu Rentap. Jadi, pasukan Rentap telah melaungkan dengan megahnya kepada pasukan Brooke untuk membawa meriam yang lebih besar lagi pada masa akan datang.

Namun pada tahun 1861, barulah serangan pasukan Brooke yang ketiga kalinya berjaya menguasai Bukit Sadok setelah membawa sebuah meriam besar yang dikenali sebagai "Bujang Sadok" untuk menembak dan merobohkan pagar kubu Bukit Sadok. Sebelum pertempuran ini, pasukan Brooke telah menawarkan pengampunan kepada abang-abang aruwah Aji yang telah ditembak mati oelh pasukan Brooke di Sungai Langit iaitu Nanang dan Luyoh supaya mereka menyerah diri dan dihukum membayar 40 biji tempayan rusa. Tawaran yang sama dicadangkan kepada Rentap dengan denda 12 biji tempayan, musnahkan kubu Bukit Sadok dan meninggalkan kubu itu dengan segera. Tetapi Rentap menolak tawaran ini walaupun telah diberitahu bahwa pasukan Brooke ada membawa sebuah meriam yang besar kali ketiga ini. Semua wanita dan kanak-kanak telahpun diarahkan untuk meninggalkan kubu tersebut. Semasa pertempuran dengan pasukan Brooke, seorang pengendali meriam Rentap dan beberapa rakannya telah terkorban kerana terkena tembakan meriam pasukan Brooke. Seterusnya, kubu dan rumah tempat kediaman Rentap dan orang-orangnya dibakar oleh pasukan Brooke pada 20 oktober 1861.

Tetapi Rentap telah berundur ke Bukit Lanjak Entimau yang menjadi punca-punca air Batang Skrang, Lemanak dan Engkari. Kemudian beliau turun ke Ulu Entabai iaitu sebuah sungai cawangan kepada Sungai Kanowit dan Julau di mana beliau membina sebuah kubu di Bukit Stulak. Pada usia tuanya, Rentap dan pengikutnya berpindah ke Bukit Sibau iaitu kawasan yang terletak di Ulu Wak, Pakan. Beberapa tahun kemudian, Rentap meninggal dunia di situ pada usia lebih kurang 70 tahun. Mayat dan keranda Rentap tidak ditanam dalam tanah seperti biasa tetapi diletakkan dalam sebuah pondok sebagai tanda hormat kepada seseorang yang dianggap seorang pahlawan dan bangsawan. Setelah daging mayat beliau telah habis reput, tulang-tulang kerangka beliau telah disimpan di dalam tempayan oleh kerabat keluarga beliau. Inilah tanda pernghormatan yang paling tinggi untuk seseorang yang telah berjasa.

Rentap merupakan pejuang sejati kerana beliau tidak pernah tunduk kepada pemerintahan Brooke sehingga ke akhir hayatnya. Sehingga ke hari ini makam pahlawan Rentap telah di baik pulih oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasanya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1863.

Cerita 03 - Rentap

10 sep 13

 

Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) terkenal dalam sejarah Sarawak. Dia merupakan salah seorang pemimpin penentang kepada pemerintahan Raja Putih Brooke. Rentap mendapat pengalaman berperang daripada pernyertaannya dalam expedisi-expedisi perang yang diketuai oleh Orang Kaya Pemamcha Dana "Bayang" terutamanya ke Kawasan-kawasan di sekitar muara Batang Kapuas di Kalimantan Barat, Indonesia. Rentap telah dilantik sebagai seorang "ayam sabong" (ketua pahlawan) oleh Dana "Bayang". Sewaktu salah satu expedisi ini, Dana "bayang" letah memperolehi sebuah meriam besar yang dinamakan "Bujang Timpang Berang" yang dicatatkan tahun 1515 daripada pihak Belanda sementara Rentap telah terkenal dengan keberaniannya melawan dan menglahkan musuh sebuah perahu dan berjaya merampas sebilah keris berhulukan emas daripada seorang putera diraja.

© 2013 by Thompson Lipih @ sriamanfm. All rights reserved. 

bottom of page