top of page

Rakan - rakan semua. Sokongan pro Malaysia ini timbul kerana tidak faham apakah yg rasional SSKM ini. Sini saya terangkan:

Bukan sebab kita tidak dapat hasil sepatutnya kita marah dan mahu keluar, Jika ini persoalannya maka kita tuntut dimahkamah.
Bukan sebab kerajaan tempatan yang lemah dan memperbodohkan dan menindas kita. Kita mahu keluar, jika ini persoalannya kita boleh kempen dipilihanraya
Tapi bila KEDAULATAN negara kita Sabah dan Sarawak dinodai dan kita merelakan maka itu menunjukkan kalian buta sejarah, Kalian tahu apa yg kalian telah buat?
YA negera Sarawak telah berdaulat 170 tahun. Miliki rajah yg berdaulat, dijajah 20 tahun dan merdeka 22 julai 1963.
Ya negeri sabah berdaulat 123 tahun, Dijajah jepun 4 tahun dan merdeka 31 ogos 1963.

JANGAN buta sejarah, JANGAN buta mata degan apa yang dilihat dan dipertontonkan. JANGAN leka dengan apa yang kalian nikmati.

Dgn mengatakan sudah terlambat kita merdeka, kalian telah mengatakan ...
yang perjuangan Rosli Dhobi itu satu jenaka,
perjuangan Ranger Sarawak itu satu jenaka,
wasiat Rajah Brooke itu satu jenaka.
Perlantikan Koroh bin Santulan itu satu jenaka,
kematian Ketua Menteri Tan Sri Fuad Stephen itu satu jenaka.
perjuangan rakyat Sabah tentang jepun itu satu jenaka.
Demonstrasi  "anti cesssion"  itu satu jenaka.
Tanah adat itu satu jenaka.
Sabah dan sarawak itu satu jenaka.

Perjuangan SSKM ini bukan omongan kosong. Bukan perkara enteng yg boleh kalian dijadikan permainan lidah dan bola pencaturan politik.

SSKM berjuang demi kedaulatan NEGARA yg sudah merdeka dan tiba-tiba tanpa referendum kita diasimilasikan jadi negeri malaya. Kata putus kita dipegang Putrajaya. ITU TIDAK ADIL! ITU DIJAJAH NAMANYA. HARTA KITA DIRAMPAS DAN ANAK NEGERI KATA ITU ADIL UTK SEMUA NEGERI? Itu baru saya kata satu jenaka!
 
petikan diambil dari -  : http://sabahsarawakmerdeka.blogspot.com

Seruan dari rakan sepejuangan dalam SSKM (Sabah_Sarawak Keluar Malaysia)

© 2013 by Thompson Lipih @ sriamanfm. All rights reserved. 

bottom of page